Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Himpunan 12 Jan: Akhbar tonjol sikap berbeza
Diterbitkan:  Jan 13, 2013 4:46 PM
Dikemaskini: 8:56 AM

Himpunan Kebangkitan Rakyat yang menarik penyertaan 100,000 orang di Stadium Merdeka dan kawasan sekitarnya semalam merupakan perhimpunan paling besar anjuran pembangkang sejak beberapa lama.

Berbeza dengan perhimpunan besar yang dihalang polis sebelum ini, ia juga merupakan perhimpunan pertama yang berlangsung dengan aman dan lancar.

kl112 coverage 130112 nst Ia secara umumnya dilaporkan secara negatif oleh akhbar pro-kerajaan berbahasa Inggeris dan Melayu namun akhbar harian berbahasa Cina memberi laporan yang positif.

Akhbar New Sunday Times melaporkan perhimpunan itu di muka depan dengan tajuk "Memang tak bertanggungjawab" (Simply irresponsible) dan turut menampilkan gambar yang tak berkaitan.

Gambar yang ditonjolkan di ruang paling atas menunjukkan seorang wanita mengintai dari celah pintau kedai – kemungkinan menunjukkan bahawa beliau memandang kumpulan peserta perhimpunan.

Gambar kedua pula menunjukkan sampah yang bertaburan di atas jalan manakala gambar ketiga menunjukkan kanak-kanak berbaju-T kuning terlelap di atas basikal.

Tiada gambar yang menunjukkan suasana perhimpunan di muka depan.

kl112 coverage 130112 star Akhbar Sunday Star pula mengambil sikap lebih neutral dengan tajuk besar "Bebas insiden" (Incident-free).

Laporannya menyatakan tiada kejadian tidak diingini berlaku semasa perhimpunan dan polis turut menjaga keamanan.

Ia turut melaporkan bahawa penganjur melanggar tiga syarat perhimpunan – membawa kanak-kanak, membawa kain provokatif dan menghimpunan lebih 30,000 orang di Stadium Merdeka.

Akhbar itu turut menonjolkan pemimpin tertinggi Pakatan Rakyat di pentas utama bersama timbalan presiden PAS Mohamad Sabu yang berucap.

Akhbar milik Umno, Utusan Malaysia menggunakan tajuk utama "Penganjur langgar syarat" dan tajuk kecil "Polis berjaya kawal himpunan pembangkang" di muka depan.

kl112 coverage 130112 utusan Dalam intisarinya, akhbar tersebut menyebut polis bertindak dengan "bijaksana" namun peserta melanggar syarat dengan membawa kanak-kanak berusia bawah 15 tahun dan juga "sepanduk menghasut dan boleh membawa kepada perpecahan dan permusuhan".

Ia juga menyebut dakwaan satu blog bahawa peserta dibayar RM200 hingga RM700.

Muka depan itu dihiasi gabungan tiga gambar ibu bapa bersama anak masing-masing dengan kapsyen "Undang bahaya".

Akhbar Berita Harian pula langsung tidak menonjolkan apa-apa berhubung perhimpunan berkenaan di muka depannya.

112 rally newspaper 130113 02 malay and english Sebaliknya, ia hanya menampilkan janji Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk menyelesaikan krisis air dalam satu perhimpunan di Semenyih.

Gambar menunjukkan Najib bersalaman dengan penyokong juga ditampilkan di muka depannya.

Tajuk besarnya di muka depan hari ini adalah berhubung amaran oleh penasihat Majlis Agama Islam Johor berhubung tindakan membenarkan bukan Islam menggunakan kalimah "Allah".

[Baca berita penuh]

ADS