Gangguan polis paling dikesali, kata Anwar
Amaran dan ugutan beberapa orang ketua polis berkaitan dengan cadangan mengadakan perhimpunan aman pada 15 April ini amat dikesalkan, menurut bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
"Polis sewajarnya bertindak secara profesional dan tidak bertindak sebagai agen politik atau alat pemerintah yang rasuah" katanya hari ini dalam kenyataan akhbar yang diedarkan kepada wartawan di luar mahkamah.
Tambah Anwar, ketika rakyat mempercayai bahawa undang-undang mesti dipatuhi dan keganasan tidak harus direstui, parti pemerintah juga perlu menghormati rakyat dan tidak memperalatkan polis untuk mengganggu, menekan atau memprovokasi rakyat.
"Kenapakah hak rakyat menganjurkan pertemuan-pertemuan secara aman dinafikan?" soal beliau lagi.
Perhimpunan '14 Hitam' yang dianjurkan sempena ulangtahun pertama Anwar dijatuhkan hukuman penjara akan diadakan di Masjid Negara pada Sabtu ini


Are you sure you want to delete this comment?
This action cannot be undone.