KWSP nafi khabar angin pengeluaran dibekukan
Diterbitkan: May 3, 2013 5:04 PM | Dikemas kini: May 3, 2013 5:07 PM
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) hari ini mengulangi sekali lagi bahawa proses pengeluaran caruman masih berjalan
seperti biasa di kesemua cawangannya.
"Ahli-ahli yang berminat melakukan pengeluaran boleh melakukannya," katanya, sambil menyatakan bahawa permohonan akan diproses mengikut kelayakan ahli-ahli tetapi bergantung kepada terma dan syarat bagi setiap skim pengeluaran.
Dana pencen negara Malaysia itu berkata demikian semasa mengulas khabar angin yang tersebar di dalam Internet mengenai pembekuan pengeluaran KWSP itu.
Dalam satu kenyataan hari ini, KWSP menasihati ahli-ahlinya bahawa dakwaan itu tidak benar .
Bernama

