Polis siasat ucapan kontroversi bekas hakim
Polis memulakan siasatan susulan beberapa laporan yang dibuat ke atas kandungan ucapan oleh bekas hakim Mahkamah Rayuan Datuk Mohd Noor Abdullah.
Pegawai dari ibu pejabat polis Dang Wangi hari ini mengesahkan bahawa pasukan itu menjalankan siasatan ke atas kes berkenaan mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan.
Seorang pegawai penyiasat polis turut menghubungi Malaysiakini untuk menemubual wartawan yang membuat liputan berhubung ucapan tersebut.
Laporan polis terbaru dibuat oleh pemimpin DAP yang juga peguam, Karpal Singh di balai berkenaan hari ini.
Katanya, Mohd Noor didakwa melakukan kesalahan yang boleh dihukum mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Hasutan 1948, yang boleh dihukum denda tidak melebihi RM5,000, penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.
Bercakap kepada pemberita, Karpal menganggap ucapan berkenaan sama seperti "melaga-lagakan orang Melayu dengan orang Cina".

