PM ajak rakyat doa keselamatan mangsa runtuhan
Diterbitkan: Jun 7, 2013 3:17 PM | Dikemas kini: Jun 7, 2013 3:44 PM
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengajak rakyat Malaysia mendoakan keselamatan mangsa kejadian runtuhan Jambatan Kedua Pulau Pinang.
"Pihak berkuasa akan menyiasat kejadian tragik di Jambatan Pulau Pinang. Mari kita tumpukan kepada usaha menyelamat dan mendoakan mangsa dan keluarga mereka," katanya dalam Tweet terbarunya hari ini.
Penyambung susur keluar Jambatan Kedua Pulau Pinang yang sedang dalam pembinaan di Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu, di Batu Maung, Pulau Pinang runtuh pada kira-kira pukul 7.15 malam tadi (Khamis.)
- Bernama

