Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berikrar untuk meneruskan penyelarasan subsidi dan liberalisasi ekonomi dalam usaha untuk mentransformasikan Malaysia kepada negara membangun bawah Program Transformasi Ekonomi (ETP).

Katanya, lebih banyak liberalisasi ekonomi amat penting untuk mengekalkan minat pelabur dan membina syarikat tempatan untuk bersaing di pentas dunia.

"Kita mesti mesti membuat peningkatan lebih banyak penyertaan wanita di tempat kerja, menyelaraskan subsidi dan membina masyarakat yang lebih bersifat meritokratik," kata Najib semasa menyampaikan ucap utama dalam Persidangan Gas dan Minyak ke-17 hari ini.

Katanya, kerajaan juga perlu memastikan "pembahagian lebih saksama" kekayaan negara untuk semua warganegara apabila ekonomi beralih kepada sektor perkhidmatan.

[Baca berita penuh]