'Lebih banyak alasan tak masuk akal'
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) seolah-olah kehabisan alasan apabila menolak permohonan menggunakan Padang Merbok di ibu negara untuk perhimpunan Black 505 dengan menggunakan alasan ia telah ditempah awal, kata PKR.
Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli (
kanan
) berkata, Pakatan bagaimanapun tidak akan berganjak daripada rancangannya itu.
"Lebih banyak alasan dan sebab diberikan DBKL, mereka kedengaran lebih tidak masuk akal...
"DBKL harus mengambil kira bahawa hak untuk mengadakan perhimpunan aman dipandang serius oleh rakyat Malaysiakini ," katanya ketika dihubungi.
DBKL menolak permohonan Pakatan Rakyat untuk mengadakan perhimpunan mempertikaikan keputusan pilihan raya Black 505 di Padang Merbok pada 22 Jun ini.
Datuk Bandar Ahmad Phesal Talib sebaliknya mencadangkan pembangkang mengadakan perhimpunan itu di tempat tertutup seperti stadium.

