Usaha mencari mayat penjaja Lim Chin Aik dihentikan pada jam 8 pagi hari ini selepas mendapat persetujuan keluarganya.

Mayat Lim dipercayai terperangkap dalam lubang di Jalan Macalister yang terjadi akibat kesan penebat kilat yang jatuh daripada Menara Umno akibat ribut pada Khamis malam.

Tiada barang-barang miliknya dijumpai sejak pencarian dilakukan sehari selepasnya.

Cuma secebis bahagian daripada kenderaan Honda City miliknya yang ditemui.

"Kami putuskan untuk membatalkan (pencarian) selepas dimaklumkan bahawa sekeliling bangunan mungkin dalam bahawa jika penggalian diteruskan," kata anggota Parlimen Tanjong kepada pemberita.

[Baca berita penuh]