Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Shahidan: Cina boleh jadi PM jika buang pemikiran rasis
Diterbitkan:  Jun 17, 2013 4:15 PM
Dikemaskini: 8:18 AM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang baru Datuk Seri Shahidan Kassim menasihatkan masyarakat Cina supaya menjauhkan diri daripada apa yang didakwanya sebagai sifat perkauman yang diterapkan pembangkang dan bercampur dengan bangsa lain.

NONE "Jika orang Cina bersedia melangkah melangkaui sempadan kaum, bercampur sepenuhnya dengan masyarakat pelbagai kaum Malaysia dan mengamalkan perkongsian kuasa, saya percaya Malaysia suatu hari nanti akan ada perdana menteri berbangsa Cina," katanya dalam wawancara dengan Sin Chew Daily .

Beliau mendakwa, rakyat Malaysia berbangsa Cina sudah didoktrinasi dengan perkauman melampau, terutamanya oleh DAP.

Sebaliknya, kata Shahidan, BN bergerak ke arah kerajaan yang inklusif untuk semua kaum dengan mempromosikan konsep 1 Malaysia.

[Baca berita penuh]

ADS