Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Kini tiba masanya untuk melihat semula Program Transformasi Ekonomi (ETP) dan program Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA) bagi menilai keberkesanan perancangan yang dibuat kerajaan demi meningkatkan taraf ekonomi negara.

Rakan Pengurusan Ernst & Young Abdul Rashid Rauf berkata, walaupun Malaysia melaksanakan pelbagai rancangan untuk merangsang ekonomi, tetapi kini masanya untuk mengkaji semula program itu untuk menentukan bagaimana keberkesanannya dalam tempoh empat tahun yang lalu.

NONE "Ia persoalan tentang perlaksanaan rancangan kita. Ini mungkin masanya untuk mengkaji semula dan melihat sama ada rancangan-rancangan ini berjaya mencapai apa yang sepatutnya dicapai," katanya.

Abdul Rashid berkata demikian dalam pembentangan dalam Forum CEO Yayasan Kepimpinan Perdana di sebuah hotel di Kuala Lumpur hari ini.

Anggota panel dalam sesi pagi forum itu hari ini bagaimanapun nampaknya setuju bahawa salah satu masalah yang memberi kesan kepada sektor swasta di negara ini - kurangnya bakat dengan kemahiran kerja.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS