Polis Diraja Malaysia menafikan dakwaan di satu laman web yang menyenaraikan Kuala Lumpur sebagai antara sepuluh bandar paling berbahaya di dunia.
Satu kenyataan pasukan berkenaan semalam menyebut PDRM sebaliknya berjaya mengurangkan kadar jenayah sebanyak 31.8 peratus dalam tempoh tiga tahun sehingga 2012.
“Orang ramai diminta supaya tidak semudahnya mempercayai dan menyebarkan maklumat yang tidak sahih daripada laman sesawang tersebut tanpa merujuk terlebih dahulu daripada pihak polis.
“Sepanjang tempoh tiga tahun iaitu dari tahun 2010 hingga 2012, PDRM berjaya mengurangkan jenayah indeks di Kuala Lumpur sebanyak 31.8%, hasil usaha berterusan pihak polis dalam menangani isu jenayah di bandaraya tersebut,” kenyataan itu dipetik.
[Baca berita penuh]
