Keputusan Mahkamah Persekutuan pada 2007 yang membenarkan pertukaran agama kanak-kanak kepada Islam melalui persetujuan sebelah pihak "salah secara nahu", kata Pengerusi Kebangsaan DAP Karpal Singh.

azlan Beliau yang juga pengamal undang-undang berkata, keputusan mahkamah itu salah tafsiran terhadap perkataan "parent" dalam Perkara 12(4) Perlembagaan Persekutuan.

Beliau mendesak Parlimen untuk "menjarakkan diri" dengan keputusan Mahkamah Persekutuan dan tidak terikat dengan keputusannya kerana badan kehakiman hanya salah satu cabang kerajaan.

[Baca berita penuh]