'Melayu harus dominasi kepimpinan politik'
Malaysia harus mengekalkan kepimpinan politik yang didominasi Melayu jika mahukan kestabilan, kadang ahli sains politik Wahabuddin Ra'ees.
"Jika ini tidak berlaku, barangkali Malaysia akan menghadapi zaman mendatang yang sukar," katanya dalam seminar bertemakan "nilai pelbagai kaum dalam pilihan raya" di Universiti Islam Antarabangsa (UIA) di Kuala Lumpur semalam.
Profesor madya UIA itu berkata, beliau agak terganggu terhadap penekanan berlebihan terhadap peranan PAS dan DAP dalam pilihan raya umum ke-13.
Menurutnya, yang kurang ditekankan, peranan PKR sebagai gam yang melekatkan kesemuanya dalam Pakatan Rakyat.
Beliau bagaimanapun berpendapat, parti berasaskan kaum tidak mempunyai harapan dalam politik Malaysia dan oleh itu mekanisme baru diperlukan bagi memastikan kepimpinan Melayu dalam parti pelbagai etnik.
Wahabuddin juga berkata, pandangannya itu tidak harus dianggap bermaksud bahawa bukan Melayu tidak akan mendapat kesaksamaan.

