Cadangan AS kekal bantuan ketenteraan AS$1.3b pada Mesir
Pemimpin-pemimpin Dewan Perwakilan Amerika Syarikat (AS) yang bertanggungjawab terhadap cadangan bantuan terhadap Mesir pada Khamis mencadangkan bantuan ketenteraan ditetapkan sebanyak AS&1.3 bilion untuk tahun depan.
Cadangan itu dibuat ekoran kerajaan Mesir di Kaherah merancang mengadakan sebuah pilihan raya bagi membolehkan pentadbiran awam berlangsung, lapor Reauters.
Bagaimanapun, rang undang-undang itu mencadangkan bantuan luar negara itu tidak termasuk AS$250 juta untuk bantuan ekonomi yang disediakan dalam tahun-tahun kebelakangan ini.
Dana AS$250 juta itu tidak termasuk rancangan fiskal 2014 yang bermula pada 1 Oktober tahun ini. Kini banyak pergolakan berlaku di negara-negara Arab, yang merupakan sekutu penting AS.
Washington menghadapi masalah berhubung persoalan cara mengendalikan bantuan tahunan yang dihantar ke Mesir sejak penggulingan presiden yang dipilih rakyat Mohamed Mursi awal bulan ini.
Undang-undang AS tidak membenarkan bantuan diberikan kepada negara yang terlibat dengan rampasan kuasa, penentuan yang harus dibuat pentadbiran Presiden Barack Obama dan bukannya kongres.
Bagaimanapun ramai pegawai-pegawai rasminya mahu mengekalkan ikatan dengan pihak ketenteraan Mesir dan tidak mahu mengambil risiko menyumbang kepada pergolakan berpanjangan di negara Arab terbesar itu.

