Exco kesihatan Pulau Pinang Dr Afif Bahardin menuntut seorang ADUN Umno memohon maaf atas dakwaan bahawa tiga doktor di dua hospital kerajaan di negeri itu enggan memberi rawatan kepada pesakit Melayu.

Afif menuntut ADUN Pinang Tunggal Datuk Roslan Saidin memohon maaf secara terbuka kepada semua doktor di Malaysia atas dakwaan semasa persangan DUN Pulau Pinang awal bulan ini.

Roslan dalam ucapan itu mendakwa tiga doktor berbangsa Cina – dua dari hospital di Seberang Jaya dan seorang lagi dari hospital Kepala Batas – bersikap rasis melalui tindakan tersebut.

Roslan juga cuba mengaitkan sikap doktor tersebut, seperti yang didakwanya, dengan penyusutan sokongan golongan bukan Melayu ke atas BN dalam pilihan raya umum ke-13.

Namun, Afifi berkata sehingga kini kerajaan negeri mahupun Kementerian Kesihatan masih belum menerima apa-apa laporan rasmi berhubung dakwan tersebut.

Malah, pesakit yang mendakwa terlibat dalam kejadian terbabit juga masih belum tampil dengan aduan mereka, katanya.

Afif mengulas kenyataan Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Dr Himi Yahya  dalam satu laporan Bernama pada 19 Julai lalu bahawa dakwaan Roslan hanyalah satu “salah faham”.

[Baca berita penuh]