Pegawai Kamalanathan: Bilik air jadi 'kantin' sejak Mac
Ram AnandDiterbitkan: Jul 23, 2013 6:22 PM | Dikemas kini: Jul 23, 2013 6:27 PM
Seorang pegawai kepada timbalan menteri pelajaran, S Yogendran berkata, SK Pristana telahpun menggunakan bilik air sebagai “kantin” sekolah terbabit sejak Mac lalu.
Yogendran, yang bertemu dengan pentadbiran sekolah dan ibu bapa di sekolah terbabit berkata tindakan itu berikutan kantin sedia ada tidak cukup luas untuk menampung jumlah murid.
Pembantu kepada timbalan menteri P Kamalanathan itu bagaimanapun tidak menjelaskan mengapa kantin tersebut tidak digunakan semasa bulan Ramadan.
"Isu tersebut telah diselesaikan. (Sekolah) akan menyediakan ruang di kantin untuk pelajar,” kata Yogendran selepas pertemuan tersebut di sekolah berkenaan hari ini.

