Kerajaan perlu melihat semakan agensi penarafan yang berpangkalan di Amerika Syarika Fitch Rating yang meletakkan prospek Malaysia kepada "negatif" sebagai seruan kejut dan memotong perbelanjaan pertahanan berbilion ringgit, kata Gerakan.

Setiausaha agung parti Mah Siew Keong menggesa kerajaan mengamalkan perbelanjaan berhemah dengan menumpukan kepada pengurangan perbelanjaan.

"Jelas bahawa perbelanjaan tidak perlu seperti cadangan program penggantian pembelian kapal selam dan kapal perang melibatkan berbilion ringgit secara relatifnya kurang penting berbanding keperluan mendesak menangani belanjawan defisit dan kelemahan dan kewangan umum," kata Mah.

Fitch Rating menyemak semula prospek Malaysia daripada "stabil" kepada "negatif", dengan mengutarakan masalah kurangnya kemajuan dalam reformasi kerajaan dalam menangani defisit fiskal.

Ia juga mengetengahkan kebimbangan berhubung peningkatan hutang isi rumah dan hutang kerajaan, sebanyak 53.3 peratus pada penghujung 2012, tidak termasuk liabiliti luar jangka.

[Baca berita penuh]