Ramasamy: Dominasi Cina tak bermakna DAP rasis
P Ramasamy hari ini menolak dakwaan bahawa DAP, yang didominasi kaum Cina, sebagai sebuah parti perkauman.
Pemimpin DAP dan timbalan ketua menteri Pulau Pinang itu berkata, dakwaan itu tidak berasas , justeru "tidak berbaloi sama untuk diulas".
"Hanya kerana terdapat banyak anggota Cina tidak menjadikan DAP parti perkauman. Kami semua rakyat Malaysia. Dasar-dasar kita untuk semua kelompok masyarakat," katanya kepada
Malaysiakini
.
"Lihat pada BN, ia diasaskan atas dasar kaum, bukan DAP, ia tidak adil untuk mengatakan parti perkauman hanya kerana majoriti anggotanya orang Cina," tambahnya.
Semalam, The New Straits Times (NST) melaporkan, DAP cuba "menulis semula sejarahnya" dengan bersedia membiarkan pendaftarannya dibatalkan, untuk memadamkan hakikat bahawa bekas presiden Singapura Devan Nair merupakan pengasas parti itu.
Kenyataan dalam NST dibuat oleh bekas naib presiden Ladang Paroi A David Dass yang keanggotaannya dibatalkan parti baru-baru ini.
Dakwaan hampir sama dinyatakan dalam buah tangan penulis tidak dikenali Father Augustus Chen, yang mendakwa pemimpin popular DAP Lim Kit Siang pernah menggunakan sentimen Cina untuk menolak Nair.
[Baca berita penuh]

