Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
'Jika ada perebutan jawatan, OK saya terima'
Diterbitkan:  Aug 6, 2013 9:22 PM
Dikemaskini: 1:26 PM

"Saya tidak mahu komen mengenai perebutan jawatan tertinggi MIC... kalau ada (perebutan jawatan presiden) OK saya terima, kalau tiada pun, tidak mengapa," kata Presiden MIC Datuk Seri G Palanivel.

Itu jawapan ringkas beliau bagi mengulas dakwaan timbalannya Datuk Seri Dr S Subramaniam akan mencabarnya pada pemilihan jawatan tertinggi MIC yang dijadualkan September ini, lapor Bernama .

NONE Palanivel ( kanan ) yang juga menteri sumber asli dan alam sekitar berkata demikian dalam sidang media selepas melakukan rakaman ucapan hari raya dengan Radio Televisyen Malaysia (RTM) di pejabatnya di Putrajya hari ini.

Selain perebutan kerusi presiden, Naib Presiden MIC Datuk M Saravanan turut dikatakan berminat bertanding jawatan timbalan presiden pada pemilihan tersebut.

Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC) MIC pada Jun lepas menetapkan pemilihan bagi jawatan presiden parti pada 22 September depan dan 1 September sebagai hari penamaan calon.

Pemilihan jawatan timbalan presiden, tiga naib presiden dan kesemua anggota CWC pula akan diadakan pada bulan November atau Disember.

Kali terakhir MIC mengadakan pemilihan parti pada 2009 yang menyaksikan Datuk Seri S Samy Vellu menang jawatan presiden tanpa bertanding.

Pemilihan bagi semua jawatan tertinggi MIC diadakan tahun ini selepas parti itu dinasihati Pendaftar Pertubuhan (ROS) untuk berbuat demikian.

Ketua Pemuda PBB belum buat keputusan

Sementara itu, bagi pemilihan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) pula, ketua Pemudanya Datuk Fadillah Yusof hari ini dilapor belum memutuskan sama ada akan mempertahan jawatan

dalam sayap parti itu pada pemilihan Oktober ini.

NONE Menteri kerja raya itu berkata beliau juga tidak tahu jika ada pihak yang ingin merebut jawatan berkenaan, lapor agensi berita nasional lagi.

"Saya belum pasti sama ada saya akan bertanding atau tidak, saya belum membuat keputusan," kata Fadillah ( kanan ) kepada pemberita selepas melancarkan Jualan Khas Aidilfitri FAMA di Medan Niaga Satok, di Kuching, hari ini.

Pada 17 Julai lepas, Setiausaha Agung PBB Datuk Dr Stephen Rundi berkata PBB dijadual mengadakan mesyuarat agung tiga tahun sekali (TGM) di Kuching Oktober ini, apabila persidangan perwakilan masing-masing selesai sebelum 31 Ogos.

Pada masa ini, 71 cawangan PBB mempunyai sejumlah 270,212 anggota manakala sayap Kaum Bapa 1,418 anggota, Wanita 1,058 dan Pemuda 930.

ADS