Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Laporan polis terhadap pengerusi DAP Perak
Diterbitkan:  Aug 16, 2013 6:53 PM
Dikemaskini: 10:54 AM

Seorang pengundi di kawasan Parlimen Ipoh Barat hari ini membuat laporan polis terhadap Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham berhubung kenyataannya yang didakwa berbaur hasutan mengenai petisyen pilihan raya yang ditolak Mahkamah Pilihan Raya.

     

Ahmad Faizal Jaafar, 37, berkata laporan polis itu dibuat kerana kenyataan tersebut dilihat satu cubaan memperlekehkan sistem kehakiman negara.

    

"Pada pandangan saya, kenyataan tersebut boleh mendatangkan kekeliruan dan persepsi negatif terhadap sistem kehakiman yang menjadi tunjang keharmonian negara," katanya kepada pemberita selepas membuat laporan di Balai Polis Sungai Senam, di Ipoh.

    

Ngeh dalam laman Twitternya baru-baru ini dikatakan membuat kenyataan berbunyi "Courts the place to hear election grievances, if they refuse to hear they are sending a message to aggrieved parties to go to the streets."

    

(Mahkamah tempat mendengar aduan pilihan raya, jika mereka enggan mendengar, mereka menghantar isyarat kepada pihak pengadu supaya turun ke jalan raya).

    

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS