Mewajibkan ujian kehamilan untuk pelajar yang terpilih untuk ke Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) bukan hanya "melanggar privasi" tetapi juga membawa lebih banyak keburukan daripada kebaikan, kata kumpulan hak wanita.

NONE Ini kerana, menurut mereka, ia mungkin mendorong pelatih yang belum berkahwin mengambil "langkah drastik" untuk mengelakkan kehamilannya dikesan.

"Kami tidak mahu mewujudkan trauma kepada orang muda yang menyebabkan mereka rasa satu-satunya cara dengan mengambil risiko pengguguran bayi," kata Pengarah Eksekutif Pertubuhan Pertolongan Wanita (WAO) Ivy Josiah ( kiri ) ketika dihubungi.

Melalui pengalamannya di WAO, beliau mendapati, melalui pengantara, keluarga dan masyarakat memberikan sokongan kepada gadis muda walaupun mereka hamil di luar nikah.

"Keluarga dan masyarakat boleh faham walaupun selalu yang terjadi, ia menjadi buah mulut pihak berkuasa," katanya sambil menambah langkah itu mempunyai unsur memalukan pelatih.

Semalam diumumkan, semua pelatih wanita untuk program Khidmad Negara mesti membuat ujian kehamilan.

Sejak program itu dimulakan pada 2004, enam pelatih sudah melahirkan bayi mereka di kem.

[Baca berita penuh]