Usaha Himpunan Hijau untuk mengumpulkan satu juta tandatangan di seluruh negara bagi membantah loji nadir bumi Lynas di Gebeng, Pahang bertumpu di Dataran Merdeka bermula jam 6.30 pagi hari ini.

Pada jam 11 pagi, mereka memperolehi 30,000 tandatangan di dataran tersebut serta yang diperolehi wakil Himpunan Hijau negeri.

hinpunan hijau signiture campaign 240813 signing 05 Beberapa jalan di sekitar Dataran Merdeka ditutup kerana kerja-kerja

persediaan untuk sambutan Hari Kemerdekaan pada 31 Ogos tetapi ada yang kelihatan berjalan ke arah Himpunan Hijau untuk menandatangani petisyen tersebut.

Wakil-wakil NGO seperti Presiden Dong Zong, Yap Sin Tian dan Presiden Muafakat, Ishak Surin hadir memberi sokongan. Pengerusi Bersama BERSIH, Datuk S Ambiga juga dijangka hadir.

ADUN DAP Tras, Choong Siew Onn dari Pahang juga muncul, dan ramai lagi wakil rakyat DAP merancang datang sekitar jam 2 petang.

himpunan hijau signature campaign in Dataran Merdeka big Pengerusi Himpunan Hijau, Wong Tack berkata, beliau tidak akan

meninggalkan dataran itu sehingga tercapai sasaran 1 juta tandatangan.

"Saya akan bermalam di sini dan saya tidak pulang ke rumah," katanya.

Sehingga jam 1.45 tengahari Wong mengumumkan sebanyak 100,000 telah berjaya diperolehi. Dan jumlahnya meningkat kepada 150,000 pada jam 3.45 petang.

[Baca berita Penuh]