Shahnaz A Majid, bekas isteri kepada anak ketua menteri Sarawak Datuk Seri Mahmud Abu Bekir Abdul Taib memberitahu kepada Mahkamah Tinggi Syariah hari ini bahawa bekas suaminya itu tidak setia kepadanya.

Beliau berkata, Mahmud yang merupakan anak Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud telah membawa seorang wanita Australia ke majlis perkahwinan adik perempuannya pada tahun 2000.

Shahnaz yang memberi keterangan dalam tuntutan mutaah bernilai RM100 juta itu juga menceritakan, beliau rasa terhina apabila Mahmud Abu Bekir memberitahu majalah The Peak pada tahun 2010 bahawa beliau telah mengahwini seorang wanita Rusia, Elena Vasilenko.

"Bekas suami saya itu tidak memberitahu majalah itu bahawa saya masih lagi isterinya yang sah dan saya rasa terhina.

"Perkahwinan kami pada tahun 1992 pada awalnya baik tetapi dia kembali dengan cara lamanya. Selepas itu, dia membawa wanita Australia Louise Hiley ke rumah ketua menteri Sarawak pada majlis perkahwinan adik perempuannya dalam tahun 2000," katanya hari ini ketika menjawab soalan daripada peguamnya, Akbardin Abdul Kader.

[Baca berita penuh]