Pemimpin Hindraf Pulau Pinang mempersoalkan kelewatan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam melaksanakan rangka kasar lima tahun NGO itu bagi meningkatkan taraf hidup masyarakat India di Malaysia.

Pengerusi negeri K Kalayselvam turut menyelar menteri kabinet Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Seri Hishamuddin Hussein dan Khairy Jamaluddin kerana mendesak presiden Hindraf P Waythamoorthy berundur sebagai timbalan menteri di Jabatan Perdana Menteri.

Gesaan itu dibuat setelah Waythamoorthy mengkritik polis selepas kejadian tembak mati lima suspek kumpulan kongsi gelap di Pulau Pinang. Kesemua mangsa berketurunan India.

"Kenapa menteri Umno ini tidak tanya Najib, kenapa rangka dasar Hindraf, yang sudah dipersetujuinya dan pemimpin kami, akan menemui sinar cahaya," kata Kalayselvam ketika dihubungi.

Katanya, masyarakat mendesak Hindraf berhubung pelaksanaan agenda itu selepas menyokong BN dalam pilihan raya umum 5 Mei lalu.

Menurutnya lagi, Hindraf juga ditanya sama ada pemimpin mereka telah "ditipu" BN.

[Baca berita penuh]