NGO: Biar MCA tangani isu Seri Pristana
Satu NGO mewakili masyarakat India menggesa MCA mengetuai usaha untuk merungkai kontroversi berhubung bilik persalinan yang dijadikan kantin di SK Seri Pristana.
Setiausaha Malaysian Tamilan Todya K Gunasekaran berkata isu berkenaan tidak boleh dipertanggungjawabkan kepada MIC kerana pemimpin parti tersebut “tidak berani”.
"Malah Timbalan Menteri Pelajaran (dan pemimpin MIC) P Kamalanathan berkata beliau tiada kuasa dalam perkara ini.
“Ini bermakna pegawai kementerian tidak mendengar pandangannya, dia hanya boneka,” katanya.
Gunasekaran berkata beliau lebih menghormati ketua Pemuda MCA Datuk Wee Ka Siong kerana bersuara dengan lantang dalam isu ini.
"MCA memperjuangkan isu ini untuk kami selama ini,” katanya.
Gunasekaran berkata beliau tidak berpuas hati kerana Kamalanathan mendakwa ia hanya “masalah kecil”.
“Hanya kerana (Kamalanathan) tidak boleh tangani (isu ini) anda kata masalah kecil. Jika anda tidak mampu, anda patut berundur,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam satu sidang media sebelum pertemuan dengan pengarah Jabatan Pelajaran Selangor Mahmud Karim di Shah Alam hari ini.

