Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Exco Pemuda kecewa Umno naikkan harga petrol
Diterbitkan:  Sep 4, 2013 5:01 PM
Dikemaskini: 9:53 AM

Exco Pemuda Umno, Lokman Adam yang kini menawarkan diri untuk jawatan naib ketua pemuda pergerakan itu melahirkan rasa kecewaanya terhadap Umno di atas kenaikan harga petrol.

Menurutnya, ini adalah kali pertama parti itu mungkir janji untuk tidak menaikkan harga petrol yang dibuat sewaktu pilihan raya umum lalu.

lokman adam sd johari bn ceramah permatang pauh by election 220808 01 Beliau menggesa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mencari jalan untuk mengembalikan subsidi itu kepada rakyat, sekurang-kurangnya kepada isi rumah yang berpendapatan RM5,000 ke bawah.

"Sama ada memberikan baucar subsidi petrol tambahan atau pemberian 'fleet card' untuk golongan ini, semuanya terletak pada kebijaksanaan beliau (Najib).

"20 sen mungkin kecil bagi sesetengah golongan, namun ia cukup membebankan golongan pertengahan dan bawahan," katanya dalam satu kenyataan.

Beliau menjangkakan langkah itu akan menelan belanja RM1.5 bilion, dan kerajaan pula dijangka berjimat sebanyak RM1.1 bilion menerusi pengurangan subsidi untuk baki tahun ini, dan RM3.3 bilion bermula tahun depan.

Kenaikan petrol RON95 dan diesel sebanyak 20 sen diumumkan perdana menteri pada Isnin lepas.

ADS