Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
AirAsia tawar 6 juta tiket tambang terendah
Diterbitkan:  Sep 5, 2013 9:12 PM
Dikemaskini: 1:14 PM

AirAsia Group akan menawarkan enam juta tiket dengan tambang harga terendah di Pameran MATTA 2013 bermula 6-8 September.

    

AirAsia dalam satu kenyataan berkata tiket daripada AirAsia dan AirAsia X ialah bagi penerbangan domestik dan juga antarabangsa dalam rangkaian AirAsia.

"Tambang domestik terangkum bermula daripada RM34 manakala tambang antarabangsa eksklusif terangkum adalah seperti berikut: Thailand atau Indonesia daripada RM68, Singapura daripada RM49, India daripada RM173, China daripada RM135, Myanmar daripada RM158 dan Indo-China (Vietnam, Laos dan Kemboja) daripada RM134," kata syarikat penerbangan itu.

    

AirAsia berkata tempoh tempahan bagi tawaran istimewa itu ialah dari 6-8 September 2013, bagi tempoh perjalanan dari 1 Oktober 2013 hingga 5 Ogos 2014.

    

AirAsia X berkata ia juga akan menawarkan diskaun 20 peratus bagi tambang destinasi jarak jauh ke Korea Selatan, China, Australia, Taiwan, Jepun dan Nepal.

    

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS