Menteri: Jangan naikkan harga ikut emosi
Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Hussin meminta pengusaha bas dan lori agar tidak menaikkan harga mengikut emosi susulan peningkatan 20 sen harga petrol dan diesel yang diumumkan kerajaan pada hari Isnin lalu.
Hishammuddin dalam satu laporan Berita Harian hari ini menyebut, kerajaan akan mengkaji kaedah untuk membantu golongan pengusaha terbabit dalam menghadapi kenaikan harga bahan api tersebut.
“Kementerian akan melihat beban dihadapi mereka. Kalau ada forumah yang dapat dipertimbangkan dalan Bajet 2014, saya akan hujah bagi pihak mereka kepada kementerian kewangan supaya diberikan pertimbangan sewajarnya.
“Sebelum perkara ini berlaku daya minta mereka yang terbabit jangan melakukan tindakan emosi kerana ia tidak membantu mana-mana pihak.
“Apa yang dilakukan ini ikhlas untuk membantu ekonomi kita,” katanya seperti dipetik dalam laporan akhbar tersebut.
Pengusaha kenderaan perdagangan berkenaan secara lazimnya akan menaikkan harga ekoran peningkatan kos setiap kali kerajaan menaikkan harga bahan api.

