Seratus hari selepas pengerusinya P Waythamoorthy menyertai kerajaan pusat, Persatuan Hindraf Malaysia berkata kemajuan yang dicapainya hanyalah dalam satu aspek perjanjiannya dengan BN - penubuhan unit baru di bawah Jabatan Perdana Menteri.

NONE Namun begitu, Waythamoorthy sebagai timbalan menteri tidak

mempunyai kuasa sebenar, demikian menurut kad laporan 100 hari NGO itu, yang dikeluarkan hari ini.

Laporan itu menyebut, prestasi dalam bidang penurunan kuasa eksekutif penuh kepada ketua unit (Waythamoorthy), peruntukan belanjawan bagi 2013, penentuan struktur organisasi untuk unit tersebut, penubuhan jawatankuasa pemandu pakar dan perancangan untuk Bajet 2014, semuanya tidak memuaskan.

Menurutnya lagi, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak perlu memberi tumpuan kepada semua hal ehwal unit tersebut kerana ia tidak boleh beroperasi secara bersendirian, yang seterusnya bermakna urusannya terhenti kerana masa adalah terhad.

Lagi menghalang kepada usahanya ialah ia belum lagi membentuk Jawatankuasa Pemandu Pakar (ESC), yang menurut laporan itu, akan melambatkan pelaksanaan banyak aspek-aspek lain dalam pelan tindakan.

Menurutnya lagi, dua ahli dari Hindraf telah dikenal pasti untuk menganggotai jawatankuasa tersebut, tetapi pihaknya masih menunggu kerajaan mengenal pasti pengerusi dan dua ahli jawatankuasa itu.

Antara isu-isu yang terbantut kerana kelewatan penubuhan ESC, termasuk penubuhan jawatankuasa kecil untuk menangani isu-isu berkaitan dengan kuil dan tanah perkuburan, dan menjalankan kajian untuk menyelesaikan pelbagai isu seperti pekerja ladang yang dipindahkan dan penyediaan program kemahiran dan perumahan.

Penubuhan jawatankuasa itu adalah salah satu daripada sembilan inisiatif yang dianggap Hindraf boleh dilaksanakan dalam 100 hari pertama.

[Baca berita penuh]