Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Dr Dzul: Benarkan Chin Peng dikebumi di sini
Diterbitkan:  Sep 16, 2013 6:43 PM
Dikemaskini: Sep 17, 2013 7:38 AM

dikemaskini Seorang anggota jawatankuasa PAS pusat Dr Dzulkefli Ahmad berkata beliau tidak setuju dengan ideologi komunis namun berpendapat, berpihak berkuasa Malaysia sepatutnya membenarkan agar bekas pemimpin PKM Chin Peng dikebumikan di negara ini.

NONE Menurut Dzulkefly, pemimpin Malaysia harus bertindak demikian dengan sebagai tanda kemuliaan hati dan harga diri negara ini, sempena sambutan Hari Malaysia hari ini.

Malaysia perlu memberi kebenaran tersebut demi keadilan, katanya yang menambah, beliau membuat saranan tersebut walau tidak bersetuju dengan Chin Peng dari segi ideologi dan tindakan melampau PKM.

“Tindakan British dan Jepun juga melampau tetapi kita memaafkan mereka, kita melupakan dan berbaik dengan mereka semula.

“Chin Peng memerangi Jepun dan kemudian penjajah British. Beliau juga pernah diberi penghormatan oleh Queen,” katanya.

Kenyatannya itu berbeza dengan pandangan pemimpin Umno dan juga oleh ketua polis negara Tan Sri Khalid Abu Bakar, yang berpendapat bahawa Chin Peng lebih sesuai disemadikan di Thailand.

S

eorang bekas anggota PKM, Fang Shan berkata Chin Peng berhajat agar abu mayatnya dibawa   pulang   ke kampung halaman di Sitiawan, Perak.

Ketika dihubungi   Malaysiakini , Fang Shan berkata perkara itu dinyatakan kepadanya sewaktu pertemuannya dengan Chin Peng tahun lalu di Bangkok.

Chin Peng atau nama sebenarnya Ong Boon Hua, 90 meninggal dunia di hospital di ibu negara Thailand itu pagi ini.

ADS