Karpal: Shafee saksi material, tak boleh mendakwa
Pasukan pembelaan berhujah kepada Mahkamah Rayuan bahawa peguam kanan Muhammad Shafee Abdullah tidak boleh mendakwa dalam rayuan kerajaan kes Liwat II itu kerana menjadi saksi material.
Dalam permohonan itu, ketua pasukan pembelaan Karpal Singh (
kanan
) berkata, Shafee berada ketika pengadu Saiful Bukhari Azlan didakwa bertemu perdana menteri Datuk Seri Najib Razak di kediaman rasminya.
"Shafee juga diarah mempertahankannya sebagai saksi dan kenyataannya dirakam oleh polis bawah Seksyen 112 Kanun Acara Jenayah," ka t a Karpal.
Oleh itu, Karpal berhujah, Shafee tidak harus dibenarkan memimpin pasukan pendakwaan dalam rayuan kerajaan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang membebaskan Anwar daripada tuduhan meliwat Saiful.

