Dengan kesedihan mendalam, kami mengumumkan pemergian pemimpin kami yang tercinta dan rakan seperjuangan yang dikasihi Komrad Chin Peng (Ong Boon Hua) yang meninggal dunia dengan aman, dalam usia 89 tahun pada 16 September, pukul 6:20 pagi di Bangkok, selepas sekian lama melawan penyakit.

Dengan ini, tamatlah hidup beliau yang gilang gemilang, yang penuh dengan peristiwa-peristiwa perjuangan.

chin peng and malaysia independence and merdeka Beliau telah meninggalkan kompatriot dari semua kaum, rakan-rakan dalam perjuangan bersenjata, saudara-mara dan sahabat-sahabat serta tanah air tercinta dan juga perjuangan rakyat, yang menjadi tumpuan sepanjang hidupnya.

Perjuangannya menghadapi penyakit menunjukkan peribadinya yang kuat, sama seperti dalam hidupnya, dalam menentang semua dugaan dan menghadapi apa yang tidak dapat dielakkan.

Beliau telah berjuang dengan kesungguhan, keberanian dan, yang paling penting, dengan ketenangan yang disemai dengan kebijaksanaan, tanpa mengenal kalah dalam sepanjang "pertempuran".

Malangnya, perkara yang tidak dapat dielakkan telah datang: Beliau telah meninggalkan kita buat selama-lamanya.

Mungkin, bagaikan seorang yang balik dari peperangan yang panjang, beliau perlu rehat. Jadi, rehatlah, kawan seperjuangan kami tersayang.

Hasrat terakhir

Beliau telah meninggalkan kita, tetapi semangat beliau masih bersama kita, tertanam dalam sanubari setiap orang.

Tiada apa yang boleh menggantikan semangat setiakawan yang mengikat kami. Dulu, kami berjuang mati-matian untuk mempertahankan negara kita daripada pencerobohan asing.

hatyai peace treaty 20th anniversary 301109 chin peng Kami sama-sama mengumpulkan keberanian untuk melawan kuasa-kuasa jahat dan ketidakadilan dalam masyarakat. Dan kami sama-sama mencabar semua musuh yang hanya pandai membuli si-lemah dan kaum tertindas.

Kita memiliki cita-cita yang sama. Kepercayaan politik yang sama telah mengikat kita sepanjang umur. Kita sama-sama inginkan satu dunia yang lebih baik.

Kita telah menunjukkan kepada generasi mendatang bahawa jalan perubahan adalah panjang dan rumit. Kita adalah sekumpulan manusia yang berani berjuang dan berani berkorban untuk kebaikan umat manusia.

Kami memahami hasrat terakhir beliau yang ingin mengembalikan jasadnya kepada anak-anak beliau yang tidak pernah beliau bela sendiri.

Rintihan hati anak-anak beliau dan beliau sendiri mungkin tidak dapat difahami atau dirasai oleh orang lain.

Cintai tanah tumpah darah

Dalam hal ini, beliau telah menunjukkan kepada dunia bahawa beliau hanyalah seorang manusia, yang penuh dengan nilai-nilai dan sensitiviti merendah diri dan kemanusiaan.

NONE Kami tabik kepadanya. Kami juga tabik kepada anak-anak dan keluarga beliau . Dan kami menyampaikan ucapan takziah kepada mereka.

Beliau amat mencintai kepada negara ini - tanah tumpah darahnya. Dengan kebijaksanaan dan keberaniannya, beliau mendatangkan perdamaian kepada negara kita.

Beliau telah memberikan sumbangan yang bernilai, namun beliau dilarang kembali ke tanah air tercintanya.

Sejarah akan menggugat mereka yang mungkir janji. Apapun yang terjadi, rakyat jelata tidak buta.

Selamat tinggal, Komrad Chin Peng - pemimpin yang kami cintai, kawan kami, wira kebebasan yang berani!

Di atas adalah kenyataan bersama ABDULLAH CD, rakan seperjuangan akrab Chin Peng,

Ban Chulabhorn Pattana ke-9 (Kampung Perdamaian Banglang),

Ban Chulabhorn Pattana ke-10 (Kampung Perdamaian Betong),

Ban Chulabhorn Pattana ke-11 (Kampung Perdamaian Yaha),

Ban Chulabhorn Pattana ke-12 (Kampung Perdamaian Sukhirin),

Persatuan Abad ke-21 Malaysia

Persatuan Perdamaian Hadyai,

Persatuan Perdamaian Kampung Perdamaian Banglang

 

Nyatakan sokongan anda pada kewartawanan mapan

Berjuta-juta orang bergantung kepada Malaysiakini untuk melaporkan kebenaran. Berjuta-juta orang bergantung kepada Malaysiakini sebagai sumber kewartawanan berkualiti. Berjuta-juta orang bergantung kepada Malaysiakini untuk mempertahankan ketelusan dan keadilan.

Tanpa tauke untuk menentukan bentuk pemberitaan; bebas daripada pengaruh politik dan komersial, Malaysiakini hanya mempunyai satu sahaja bos - anda, rakyat.

Mengambil kesempatan ini, kami ingin mengucapkan terima kasih atas rasa cinta anda kepada tanah air serta kepercayaan yang diberikan untuk kami menggalas tugas ini - sebagai semak dan imbang kepada kekuasaan.

Kami bergantung kepada langganan anda untuk mempertahankan pendirian ini. Terima kasih.

Lagi berita dari pengarang :
Lagi berita seperti ini :
Paling Popular
Terkini