Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Guru disiplin ditahan disyaki cabul pelajar
Diterbitkan:  Sep 18, 2013 6:03 PM
Dikemaskini: 10:06 AM

Seorang guru disiplin sebuah sekolah rendah di ibunegara ditahan Sabtu lepas kerana dipercayai mencabul bekas pelajarnya.

    

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (Operasi dan Risikan) Kuala Lumpur, ACP Khairy Ahrasa berkata guru lelaki berumur 35 tahun itu ditahan di rumahnya di Bandar Baru Sentul berikutan laporan polis yang buat oleh pelajar berumur 13 tahun itu Jumaat lepas.

    

Pelajar berkenaan mendakwa bapa kepada dua orang anak itu telah mencabul kehormatannya sejak tahun lepas, katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur hari ini.

    

Kejadian terbaru berlaku Jumaat lepas apabila pelajar itu dipanggil oleh guru berkenaan supaya membantunya. Pelajar itu lari ke balai polis berhampiran untuk membuat aduan.

    

Khairy berkata guru itu kini ditahan reman tujuh hari bagi membantu siasatan.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS