TPPA: K'jaan tak akan tunduk pada negara lain
Diterbitkan: Sep 24, 2013 12:22 PM | Dikemas kini: Sep 24, 2013 12:26 PM
Kerajaan Malaysia hanya akan menandatangani Perjanjian Perkongsian Trans-Pacific (TPP) dengan terma sendiri dan tidak akan ditentukan oleh negara-negara lain, Dewan Rakyat diberitahu hari ini.
Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed (
kanan
) berkata demikian ketika menjawab soalan Dr Marcus Mojigoh (BN-Putatan) ketika sesi perbahasan hari ini.
Beliau juga menggesa penentang perjanjian itu supaya tidak mengadakan sebarang demonstrasi ketika kunjungan Presiden Amerika Syarikat Barack Obama pada bulan depan.
"Sesiapa yang hendak mengadakan demonstrasi, hentikanlah," katanya.

