Setiausaha Agung Gerakan Mah Siew Keong menyeru calon dalam pemilihan untuk pelbagai parti masing-masing tidak menggunakan isu perkauman untuk mendapatkan sokongan.

NONE Bekas timbalan menteri itu berkata, calon-calon, termasuk daripada parti pembangkang patut berkempen secara bertanggungjawab dan secara bijaksana sebagai seorang rakyat Malaysia.

"Mengeksploitasi isu kontroversi yang berpotensi menyalakan api semata-mata mendapatkan sokongan untuk pemilihan parti sangat tidak bertanggungjawab, mementingkan diri sendiri dan tidak adil.

"Ini jelas menjadi cabaran kepada calon dalam parti berasaskan kaum dan kerana itu kita mesti tetap berhati-hati dan berjaga-jaga," katanya.

Mah justeru menggesa supaya amalan yang disifatkannya sebagai "sakit", demi untuk "sokongan sementara" dihentikan kerana ia berbahaya dan memudaratkan keharmonian kaum dan kestabilan sosial.

[Baca berita penuh]