Bekas perdana menteri Tun Dri Mahathir Mohamad memberi peringatan bahawa Chin Peng pernah berhasrat untuk menjadikan Malaysia sebuah negara komunis dan tidak mengamalkan demokrasi.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai pandangannya berhubung tindakan kerajaan yang menghalang abu mayat Chin Peng dari dibawa masuk ke negara ini.

Mengulas perkara itu, Mahathir berkata kontroversi berhubung perkara itu sepatutnya tidak timbul.

Tambahnya, ramai yang berasa terguris dan ada yang merasakan bahawa Chin Peng bukan seorang rakyat Malaysia.

“Beliau melakukan perkara mengikut cita-citanya sendiri untuk menubuhkan negara komunis, bukan satu demokrasi,” kata Mahathir kepada pemberita dalam satu sidang media di Cheras.

"Kenapa anda perlu bangkitkan perasaan orang ramai?,” soalnya lagi.

Mahathir yang menandatangani perjanjian damai 1989 yang membenarkan anggota Parti Komunis Malaya untuk ditempatkan semula di Malaysia bagaimanapun enggan mengulas sama ada Chin Peng pernah memohon kerakyatan.

"Saya bekerja mengikut nasihat yang diberikan,” katanya.

[Baca berita penuh]