Pergolakan dalaman dalam DAP Sabah akhirnya mendorong Anggota Dewan Undangan Negeri Luyang (ADUN) Hiew King Cheu keluar parti dan menjadi wakil bebas.

Bekas ketua DAP negeri itu memberitahu Malaysiakini , beliau membuat keputusan itu selepas mendapatkan maklum balas daripada penyokong dan rakan-rakannya.

Hiew berkata, beliau akan menyerahkan surat perletakan jawatannya pada hari ini.