Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
MP: Satelit imejan mungkin babitkan kos RM1b

Cita-cita untuk melancarkan satelit ke ruang angkasa lepas bagi merakam imej beresolusi tinggi mungkin akan menyebabkan negara menanggung kos sehingga RM1 bilion, kata MP pembangkang.

MP Stampin Julian Tan Kok Ping (kanan) dan MP Bukit Mertajam Steven Sim Chee Keong membuat anggaran kos itu dengan mengambil kira kegagalan program RazakSat 1, program RazakSat 2 yang sedang berjalan, serta beberapa program satelit mikro yang dilancarkan sejak tahun 2000.

RazakSat 1, yang hanya beroperasi selama setahun selepas dilancarkan pada 2009, hanya berjaya merakam 1,300 gambar dengan ralat 37km, dengan kos RM142 juta.

RazakSat 2, yang dijangka akan dilancarkan pada 2016, pada masa ini dianggarkan melibatkan kos RM271.9 juta.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS