Kes Aziz Bari, Zul Noordin selesai luar mahkamah
Hafiz YatimDiterbitkan: Oct 7, 2013 12:26 PM | Dikemas kini: Oct 7, 2013 12:29 PM
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini merekodkan penyelesaian luar mahkamah kes saman pakar perlembagaan Dr Abdul Aziz Bari terhadap bekas anggota Parlimen Kulim Bandar Baru Zulkifli Noordin dan Utusan Malaysia.
Ini ekoran kesediaan Utusan untuk menarik balik artikel yang disiarkannya sebelum ini.
Peguam Aziz, Mohd Hanipa Maiden (kanan) berkata, kes itu diselesaikan tanpa pengakuan liabiliti.
"Defendan bersetuju menarik balik kenyataan yang dibuat oleh defendan pertama (Zulkifli) yang disiarkan oleh defendan ketiga (Utusan) pada 8 Oktober 2011 terhadap Abdul Aziz."
Zulkifli antaranya mengkritik Aziz berhubung kenyataan berkaitan campur tangan Sultan Selangor dalam isu pemeriksaan sebuah gereja Methodist di Damansara Utama pada Ogos 2011.

