Pengerusi MyWatch, R Sri Sanjeevan memberi kenyataan kepada polis hari ini berhubung tweet kontroversinya pada 30 September yang mendakwa kemungkinan polis terlibat dalam kejadian dia ditembak Julai lalu.

NONESanjeevan, yang berkerusi roda, memberi kenyataan di balai polis Tropicana di Petaling Jaya selama kira-kira 35 minit hari ini.

Beliau telah menulis tweet bahawa peluru yang dikeluarkan oleh doktor dari badannya dikatakan dari jenis .38 Smith & Wesson, jenis senjata yang biasa digunakan oleh pihak polis.

Walaupun polis menyiasat mengenai tweet tersebut, tetapi Sanjeevan dan keluarganya kecewa polis tidak menyiasat kejadian tembakan di Bahau, yang hampir meragut nyawanya.

"Mereka sedang menyiasat mengenai tweet tersebut tetapi setakat ini mereka tidak mengambil apa-apa kenyataan dari saya tentang kejadian tembakan itu," katanya.

Peguam Latheefa Koya, yang menemani Sanjeevan apabila kenyataannya dirakam hari ini, memberitahu pemberita bahawa tindakan polis itu merupakan satu gangguan terhadap Sanjeevan.

[Baca berita penuh]