Universiti Malaya (UM) menjelaskan, acara yang didakwa sebagai indoktrinasi politik yang diadakan pada bulan lepas sebenarnya program latihan kepimpinan dan pembangunan diri.

Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Professor Datuk Dr Rohana Yusof sewaktu dihubungi Malaysiakini menjelaskan program yang dijalankan pada 18 hingga 20 September itu dinamakan "Transformasi Minda" untuk pertubuhan pelajar Sekretariat Al-Falah.

"Ia terbuka kepada Sekretariat Al-Falah, sebuah kelab yang menjalankan aktiviti relawan seperti memberi tuisyen kepada pelajar-pelajar lain.

"Saya maklum akan matlamat kursus itu, satu kursus pembinaan sahsiah dan membangun kemahiran kepimpinan dalam diri pelajar.

"Kami mengadakan pelbagai program dengan kerap. Minggu lepas, kami jalankan kem latihan kepimpinan di Pahang untuk Suksis (Kor Sukarelawan Polis Siswa Siswi)," katanya.

[Baca berita penuh]