Adakah Pejabat Peguam Negara memfailkan pendakwaan cacat terhadap bekas menteri pengangkutan Dr Ling Liong Sik supaua dia dapat lepas daripada pertuduhan berkaitan projek Zon Bebas Pelabuhan Klang?

NONEPersoalan ini dibangkitkan oleh anggota Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua (kiri) selepas Mahkamah Tinggi membebaskan Ling hari ini.

"Peguam negara sama ada tidak cekap atau bijak membingkaikan pertuduhan dengan mengetahui ia tidak mungkin dipertahankan dalam penelitian," kata Pua dalam kenyataannya.

Ling dilepas dan dibebaskan daripada tuduhan menipu kerajaan berhubung projek PKFZ selepas pembelaan berjaya menimbulkan keraguan munasabah terhadap kesemua pertuduhan di akhir kes pembelaan.

Ling, 70, didakwa menipu kerajaan untuk memberi persetujuan pembelian tanah di Pulau Indah, Pelabuhan Klang bagi pembinaan projek 'Mega Distribution Hub' yang kini dikenali PKFZ.

[Baca berita penuh]