Pelajar M'sia meninggal di Mangalore
Diterbitkan: Oct 26, 2013 12:02 PM | Dikemas kini: Oct 26, 2013 12:03 PM
Pelajar perubatan tahun pertama dari Sabah, Arnaz V Malitam, 20, meninggal dunia akibat masalah pernafasan atau "cardio respiratory arrest" di Mangalore, Karnataka.
Arnaz, pelajar tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) di KMC Medical College di Mangalore, telah tidak sihat sejak sekian lama dan dimasukkan ke sebuah hospital setempat.
Dia meninggal dunia pada petang Jumaat. Ibu bapa pelajar itu sudah berada di Mangalore.
Suruhanjaya Tinggi Malaysia di New Delhi dan Konsul Jeneral di Chennai membantu mereka dalam urusan untuk membawa pulang jenazah pelajar itu pulang ke Malaysia.
- Bernama

