BERITA

TPM kaitkan Azizan pertahan potong subsidi gula

Ahmad Fadli KC

Diterbitkan
Dikemaskini 29 Okt 2013, 2:49 pagi

VIDEO l 1:33 minit

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin mempertahankan pengurangan subsidi gula sebanyak 34 sen yang diumumkan kerajaan dalam pembentangan Bajet 2014 semalam dan berkuatkuasa hari ini.

penang kedah timber logging azizan abdul razak 310708 02Menurutnya, ia dilakukan untuk manfaat orang ramai dan hadirin

yang hadir perlu mengambil iktibar daripada penyakit kencing manis yang dideritai allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak.

Azizan terpaksa menjalani pembedahan memotong kedua-dua belah kakinya akibat komplikasi penyakit kencing manis. Bekas menteri besar Kedah itu meninggal dunia pada 26 September lalu.

"Kita tak bagi lagi subsidi untuk gula.siapa setuju angkat tangan.

"Saya tak ambil gula tuan-tuan.

"Ramai meninggal dunia sudah ditakdirkan Allah, tapi di dunia ini disebabkan banyak makan, di samping itu banyak ambil gula sampai tak usahlah saya cerita tentang almarhum (Azizan).

"Sebab itu juga dia terpaksa melalui proses kakinya terpaksa dipotong.

"Jadi kerajaan umum tak ada subsidi umum tak ada gula keputusan tepat hendak menjaga maslahah am - hendak menjaga kesihatan," katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapannya di majlis pertemuannya bersama guru dan ibubapa pelajar sekolah sekitar Yan dan Kuala Muda pagi tadi.

Turut hadir ialah Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir, Anggota Parlimen Jerai, Datuk Seri Jamil Khir Baharom serta calon BN untuk pilihan raya kecil Sungai Limau, Dr Ahmad Sohaimi Lazim.

Beri pendapat anda!

Jadi pelanggan Malaysiakini untuk menjadi pengulas berita. Anda dapat mengakses kandungan semua bahasa dan menulis komen di semua platform Malaysiakini.

Bersatu sokong media bebas.