DAP sokong siaran langsung isu K-Pop di PAC
Diterbitkan: Oct 28, 2013 12:01 PM | Dikemas kini: Oct 28, 2013 12:03 PM
DAP berjanji akan menyokong BN bagi menaikkan standard demokrasi di Malaysia untuk membenarkan pendengaran Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) dikeudarakan secara langsung.
Anggota Parlimennya Tonya Pua berkata, Parlimen patut menjalankan langkah itu ekoran hasrat bekas menteri belia dan sukan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek sendiri mahu menjelaskan secara langsung perbelanjaan RM1.6 juta konsert K-pop tahun lalu.
Menurutnya lagi, pengerusi PAC Datuk Nur Jazlan Mohamed juga nampaknya sukakan idea itu bagi melihat kontroversi sekitar acara di Hari Belia Negara 2012 di Putrajaya itu.

