Syarikat makanan segera Pizza Hut menjelaskan bahawa salah satu restorannya di Mid Valley tidak menghalang ahli majlis Petang Jaya Anthony Thanasayan, yang berkerusi roda, dari memasuki kedai semasa kejadian Isnin lalu.

Dalam kenyataannya hari ini, Pengurus besar kanan Pizza Hut Malaysia Low Kang Moon memohon maaf atas “masalah komunikasi” yang timbul dalam kenyataan syarikat itu semalam.

mppj oku disabled person carpark launch 231208 anthony thanasayanKatanya masalah itu timbul kerana tempat yang ingin digunakan oleh Anthony tidak disediakan akses untuk kerusi roda yang baik.

Jelasnya, Anthony juga ditawarkan tempat “lebih selesa dan luas”  semasa kejadian tersebut

Jelasnya, keadaan kedai tersebut yang sempit akan menyulitkan pergerakan Anthony dengan kerusi roda sekiranya aktivis OKU itu berkeras untuk duduk di kawasan dimaksudkan.

“Ini dijalankan dengan niat yang baik untuk memastikan Anthony Thanasayan dalam keadaan selesa dan tidak bermasalah untuk bergerak dengan kerusi rodanya,” kenyataan itu dipetik.

Tambahnya, syarikat itu tidak mengamalkan dasar diskriminasi ke atas “pelanggan dengan keperluan khas” dan tidak menghalang kerusi roda dari restorannya.

Anthony pada pagi ini akan bertemu wakil Pizza Hut untuk membincangkan isu tersebut dan seterusnya akan mengadakan sidang media.

Anthony dalam satu tulisan di blog pada hari Isnin mendakwa diminta untuk “keluar dari satu restoran (Pizza Hut)” disebabkan kerusi rodanya.

Beliau mendakwa pengurus restoran terbabit memaklumkan kepadanya bahawa kedai tersebut mengamalkan “dasar yang tegas dan jeas untuk tidak menerima pelanggan berkerusi roda”, seperti diarahkan oleh pengurus kawasan Pizza Hut.

[Baca berita penuh]