Sekumpulan peguam Islam mengingatkan Majlis Peguam supaya tidak menyokong rayuan akhbar Katolik The Herald terhadap keputusan Mahkamah Rayuan terhadap penggunaan kalimah 'Allah' atau "berdepan dengan tindakan".

 

Dalam satu kenyataan hari ini, Presiden Persatuan Peguam Muslim (PPMM), Datuk Zainul Rijal Abu Bakar mengingatkan bahawa Majlis Peguam merupakan badan eksekutif Badan Peguam Malaysia, yang mewakili seluruh peguam - Islam dan bukan Islam.

Dalam keadaan ini, katanya, mereka ingin mengingatkan Majlis Peguam supaya tidak mengambil sebarang pendirian partisan yang mengenepikan sensitiviti ribuan peguam Islam yang bernaung di bawahnya.

Zainul juga memberi amaran bahawa PPMM "tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan selanjutnya " jika Majlis Peguam terus mengambil langkah atau pendirian yang dilihat " bercanggah dengan kepercayaan orang Islam ".

Zainul mengulas artikel yang disiarkan dalam akhbar The Sun pada hari Rabu yang memetik pengerusi jawatankuasa kuasa hak asasi manusia Majlis Peguam, Andrew Khoo bahawa majlis itu akan menimbang mengikut langkah Persatuan Undang-Undang Sabah (SLA) untuk menyokong The Herald.

Satu lagi laporan pada hari sebelumnya, memetik seorang anggota SLA yang tidak dinamakan sebagai berkata, persatuan itu telah memutuskan untuk memohon menyertai prosiding mahkamah.

Bagaimanapun, SLA menafi telah mengambil sebarang pendirian mengenai keputusan Mahkamah Rayuan pada 14 Oktober yang menghalang eisi Melayu The Herald  menggunakan kalimah 'Allah' sebagai terjemahan bagi Tuhan.

Sambil menegaskan bahawa prosiding masih berjalan, ia berkata mengulas mengenai isu itu boleh menjadi menghina mahkamah.

[Baca berita penuh]