Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia berpendapat bahawa projek National Feedlot Centre dianugerahkan kepada syarikat yang tidak memiliki kemampuan teknikal dan kewangan.

Lebih teruk lagi, SPRM menyatakan bahawa konflik kepentingan di antara menteri kabinet dan syarikat yang memenangi kontrak tersebut tidak diisytiharkan kerana keputusan itu tidak dibincangkan di kabinet.

Perkara ini didedahkan dalam laporan SPRM, yang akan dikemukakan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

[Baca berita penuh]