'Kuasa pendakwaan SPRM mungkin disalahguna'
Aidila RazakDiterbitkan: Nov 6, 2013 2:40 PM | Dikemas kini: Nov 6, 2013 7:08 PM
Timbalan menteri di jabatan perdana menteri Datuk Razali Ibrahim berkata kerajaan tidak bercadang untuk memberi kuasa pendakwaan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana langkah itu boleh membawa kepada "penyalahgunaan kuasa".
Katanya, kuasa tersebut bermakna SPRM berkuasa untuk menyiasat dan membuat pendakwaan "tanpa semak dan imbang".
"Ini boleh menimbulkan elemen penganiayaan apa orang yang tidak sepatutnya didakwa," katanya ketika menjawab satu soalan di Dewan Rakyat.
Beliau menjawab soalan dari Darell Leiking (PKR-Penampang) yang meminta penjelasan berhubung tindakan kerajaan yang tidak memberi kuasa pendakwaan kepada SPRM.

