Hujan lebih lebat turun pada Selasa selepas kemusnahan teruk di Filipina selepas dilanda taufan Haiyan, antara taufan yang terganas pernah melanda.

Ekoran itu, pihak berkuasa Filipina berikrar meningkatkan bantuan bagi berjuta-juta mangsa yang memerlukan bekalan makanan dan air.

Menurut Biro Cuaca Filipina, satu lekukan tropika dengan kelakuan angin maksimum 55 kilometer sejam menyeberangi selatan Filipina.

Setiausaha Dalam Negeri Filipina Mar Roxas berkata corak cuaca membawa hujan lebat di wilayah Leyte, antara kawasan yang paling teruk dilanda Haiyan.

Beribu-ribu dikhuatiri terbunuh dalam ribut itu.

Bercakap kepada radio Manila DZMM, Roxas berkata, pasukan bantuan bencana melipat gandakan usaha mempercepatkan penghantaran makanan, air, ubat-ubatan dan bekalan lain kepada berjuta-juta mangsa.

Pesuruhjaya Pembangunan Kesatuan Eropah (EU) Andris Piebalgs berkata, EU akan memperuntukkan bantuan tambahan sebanyak 10 juta euro (AS$13.4 juta) kepada mangsa terlibat.

Sebelum ini, bantuan 3 juta euro telah diumumkan.

-dpa